top of page
  • Wartawan Nabalu News

Karnival Bakat Prasekolah Kota Belud cungkil bakat murid

13 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KADAMAIAN: Sebanyak 60 buah prasekolah di seluruh daerah Kota Belud telah mengambil bahagian dalam Karnival Bakat Prasekolah peringkat daerah yang berlangsung selama dua hari di SK Melangkap Kota Belud.


Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid seawal prasekolah dalam pelbagai bidang seperti menyanyi, mengaji, bercerita, menulis, cerpen, belakon, pakaian tradisional dan tarian etnik.


Karnival ini telah dirasmikan oleh Anicholes Kasimin, Pemaju Mukim UPPM Kadamaian dan Setiausaha UPKO Bahagian Kota Belud, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia yang juga ADUN Kadamaian.


Beliau menyatakan bahawa program ini adalah satu inisiatif yang baik untuk menggalakkan minat dan bakat murid-murid prasekolah dalam bidang-bidang yang boleh membina jati diri dan kebolehan mereka.


"Kita perlu memberi peluang kepada murid-murid prasekolah untuk menunjukkan bakat mereka dan mengembangkan potensi mereka," katanya.


Turut hadir dalam majlis itu ialah dua orang AJK UPKO Bahagian Kota Belud, wakil pejabat pendidikan Kota Belud di bawah sektor pengurusan sekolah, Jumiyati Chacho, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud dan para ibu bapa murid-murid prasekolah.

Comments


bottom of page