top of page

Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Piala UPKO Zon F berakhir dengan kemenangan Sinarut FC

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 2, 2023
  • 1 min read

2 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Zon F yang berlangsung selama dua hari bermula 30 Sept lalu, berakhir dengan kejayaan Sinarut FC yang menjuarai karnival tersebut dengan menumpaskan Lion FC.


Karnival ini merupakan inisiatif Pemuda UPKO Ranau dan Pemuda UPKO Keningau untuk meraikan Hari Malaysia dan menggalakkan sukan bola sepak di kalangan ahli-ahli UPKO.


Pengerusi penganjur, Leester Dalimon yang juga Ketua Pemuda UPKO Ranau, berkata karnival ini mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan ini. Kami juga mengucapkan tahniah kepada Sinarut FC yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berjaya mengangkat trofi Piala UPKO Zon F," katanya.


Sebanyak 40 pasukan bertanding dalam karnival itu yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda UPKO Pusat, Felix Joseph Saang.


Karnival tersebut turut menyaksikan perebutan tempat ketiga dan keempat di mana Sosondoton FC menewaskan Kenigau GR sekaligus merangkul pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.


Turut hadir Ketua UPKO Bahagian UPKO Ranau, Geogina George, Nasib Presiden UPKO Malaysia merangkap Ketua UPKO bahagian UPKO Keningau, Datuk Laurentius Nayan Ambu, dan semua AJK Bahagian UPKO Ranau dan Keningau.


Sementara itu, Geogina merakamkan ucapan terima kasih kepada pergerakan Pemuda UPKO Ranau yang diketuai oleh Leester kerana berjaya menganjurkan acara ini.


Beliau berharap aktiviti kesukanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


"Saya amat teruja dengan persembahan pasukan-pasukan yang bertanding dalam karnival ini. Saya melihat banyak bakat muda yang boleh dibangunkan dan digilap.


Saya berharap mereka terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi," katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page