top of page

Karnival Makanan Sandakan kembali lagi untuk edisi kedua pada November

  • nabalunews
  • Oct 11, 2024
  • 1 min read

11 Oktober 2024


SANDAKAN: Karnival Makanan 2.0 (Food Fair 2.0) anjuran Junior Chamber International (JCI) Sandakan akan berlangsung pada 1 hingga 3 November depan di Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.


Pengerusi jawatankuasa penganjur, Michael Chang Yam Kei dalam satu kenyataan hari ini berkata pelbagai acara juga bakal mengisi program tahunan JCI itu selepas kejayaan karnival kali pertama, tahun lalu.


Katanya, karnival ini akan bermula dari 4 petang hingga 9.30 malam pada hari Jumaat dan dari 9 pagi hingga 9:30 malam pada Sabtu dan Ahad pada tarikh berkenaan.


Tambah Michael, karnival tahun ini juga akan mengikut tema yang sama seperti tahun lalu iaitu “Little Hong Kong”. 


"Tahun ini, JCI Sandakan juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Persatuan Harapan Dinamik Sabah (PHDS) untuk menjayakan Karnival Little Hong Kong ini," jelasnya.


Michael dan pasukannya juga giat bertemu penjual makanan sekitar Sandakan untuk menggalakkan mereka menyertai karnival itu dengan pelbagai pilihan makanan untuk pengunjung.


Katanya, selain menikmati makanan, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan seperti Orkestra Cina dan tarian tradisional Melayu.


Turut akan diadakan Kejohanan Tarian Singa kategori Tiang Tinggi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Selain gerai makanan, karnival itu juga akan menampilkan gerai kraftangan, pameran kereta dan pameran kayu selain aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan melukis layang-layang dan pertandingan busana. 


"Orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke karnival itu dimana mereka juga berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah dan pelbagai permainan sepanjang acara berlangsung," katanya.


Jelasnya, masuk adalah percuma dan JCI Sandakan juga akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil lebihan daripada acara ini kepada badan amal seperti Cheshire Home Sandakan.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page