Karnival Sukan Antara Mukim Penampang Semarak Semangat Perpaduan Sempena Hari Malaysia 2026

PENAMPANG, 16 September 2026 — Karnival Sukan Antara Mukim Penampang sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1,000 atlet yang mewakili sembilan mukim dalam pelbagai acara sukan dan pertandingan.
Karnival yang berlangsung di Kompleks Renang Penampang itu dirasmikan oleh YB Datuk Donald Peter Mojuntin, ADUN Moyog, dan menghimpunkan warga Penampang dalam suasana penuh semangat kesukanan, persahabatan dan perpaduan.
Pengerusi Penganjur, Billy Joe Dominic, berkata penganjuran karnival tersebut bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Penampang.
Menurut beliau, semangat tersebut amat penting kerana ia mengingatkan masyarakat kepada semangat kebersamaan ketika pembentukan Malaysia 63 tahun lalu, apabila wilayah-wilayah yang terlibat bersatu dan berpadu untuk membentuk sebuah negara Malaysia.
“Melalui sukan, kita mahu semua warga Penampang daripada pelbagai mukim berkumpul, berkenalan, bekerjasama dan membina hubungan yang lebih erat.
“Semangat perpaduan dan kerjasama inilah yang kita mahu teruskan, bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.
Lebih 1,000 atlet mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, termasuk tarik tali, sepak takraw, melastik, futsal, arm wrestling, Mobile Legends dan bola keranjang.
Dalam acara keseluruhan, Mukim 7 muncul sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 15 emas, 11 perak dan 6 gangsa, dengan jumlah 73 mata.
Mukim 6 menduduki tempat kedua dengan 8 emas, 12 perak dan 5 gangsa, mengumpul 53 mata, manakala Mukim 3 di tempat ketiga dengan 5 emas, 4 perak dan 8 gangsa, dengan 31 mata.
Mukim 4 pula dinobatkan sebagai Juara Sorak-Sorai.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Tarik Tali
🥇 Juara — Mukim 5
🥈 Naib Juara — Mukim 1
🥉 Tempat Ketiga — Mukim 6
Sepak Takraw
🥇 Juara — Mukim 1
🥈 Naib Juara — Mukim 6
🥉 Tempat Ketiga — Mukim 5
Melastik — Lelaki
🥇 Juara — Reeven, Mukim 7
🥈 Naib Juara — George Chin, Mukim 3
🥉 Tempat Ketiga — Charles Atan, Mukim 5
Melastik — Wanita
🥇 Juara — Stepffi Juis, Mukim 7
🥈 Naib Juara — Evanny Abas, Mukim 9
🥉 Tempat Ketiga — Magdelina, Mukim 7
Futsal
🥇 Juara — Mukim 8
🥈 Naib Juara — Mukim 3
🥉 Tempat Ketiga — Mukim 2
Arm Wrestling — Wanita
🥇 Juara — Nezira Petrus Lojuyo, Mukim 5
🥈 Naib Juara — Patricia Sipotik, Mukim 1
🥉 Tempat Ketiga — Anita Joseph, Mukim 7
Arm Wrestling — Lelaki
🥇 Juara — Calveen Petrus, Mukim 3
🥈 Naib Juara — Joierino Sobeh, Mukim 1
🥉 Tempat Ketiga — Dave Marvin, Mukim 4
Mobile Legends
🥇 Juara — Mukim 2
🥈 Naib Juara — Mukim 1
🥉 Tempat Ketiga — Mukim 7
Bola Keranjang
🥇 Juara — Mukim 8
🥈 Naib Juara — Mukim 7
🥉 Tempat Ketiga — Mukim 9
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Donald Peter Mojuntin turut menyeru agar semangat perpaduan yang ditunjukkan sepanjang karnival tersebut terus dipelihara dan diteruskan oleh masyarakat Penampang.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak melupakan sejarah pembentukan Malaysia dan menghargai perjuangan generasi terdahulu dalam membentuk negara yang ada pada hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Donald berkata beliau akan terus berjuang bersama UPKO untuk menuntut pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kepentingan Sabah.
Beliau turut menyambut baik penganjuran karnival tersebut dan berharap ia dapat dijadikan acara tahunan di Penampang, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat daripada sembilan mukim melalui aktiviti sukan.
Karnival tersebut turut memperlihatkan penyertaan aktif masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan latar belakang, dengan sukan dijadikan medium untuk memperkukuh hubungan antara komuniti.
Penganjur merakamkan penghargaan kepada semua atlet, kontinjen mukim, urus setia, sukarelawan, penyokong serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Sukan Antara Mukim Penampang 2026.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh warga Penampang yang telah bersama-sama menjayakan sambutan Hari Malaysia melalui semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama.















Comments