Sambutan Hari Malaysia Kampung Penempatan Wariu Meriah
nabalunews
Sep 17
1 min read

Oleh Kidd
17 September 2026
KOTA BELUD: Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kampung Penempatan Wariu berlangsung meriah dengan pengisian aktiviti yang menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kesedaran menjaga kebersihan persekitaran.
Sambutan dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum para peserta menyertai perarakan membawa Jalur Gemilang sambil mengutip sampah di sekitar kawasan kampung.
Para peserta turut digalakkan membawa beg plastik sampah sendiri sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran kepentingan menjaga kebersihan, selain membudayakan semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama.
Suasana patriotik semakin terserlah apabila penduduk mengenakan pakaian bertemakan warna merah, putih, biru dan kuning.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penempatan Wariu itu berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Penempatan Wariu, kelmarin.
Majlis dirasmikan oleh Pemaju Mukim Pinol Timun, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Turut hadir Naib Ketua II Generasi Muda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (GEM UPKO) Kota Belud, Lim Cee Hou.
Sambutan dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum para peserta menyertai perarakan membawa Jalur Gemilang sambil mengutip sampah di sekitar kawasan kampung.
Para peserta turut digalakkan membawa beg plastik sampah sendiri sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan, selain membudayakan semangat gotong-royong dan tanggungjawab bersama.
Suasana patriotik semakin terserlah apabila penduduk mengenakan pakaian bertemakan warna merah, putih, biru dan kuning.
Penganjur turut menyediakan bubur dan minuman untuk dinikmati bersama oleh para peserta selepas aktiviti berakhir.
Penganjuran program itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan penduduk Kampung Penempatan Wariu.















Menggabungkan perarakan dengan aktiviti pembersihan komuniti serta semangat gotong-royong merupakan cara praktikal untuk meraikan hari tersebut sambil benar-benar menjaga kampung. Sentuhan ringkas, seperti penduduk membawa beg sampah sendiri dan menikmati bubur bersama-sama selepas itu, mewujudkan suasana yang tulen dan bercirikan tempatan.
I keep a tab open with Crazyig for when I need a break during work. They have a decent collection of browser games that run smoothly without any lag. The racing and shooting categories are where I usually end up spending most of my time.