Karnival TEKUN Madani dan SDSI di Kuala Penyu catat jualan RM179 ribu, padaniaga RM1.38 juta
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Karnival TEKUN Madani dan SDSI di Kuala Penyu catat jualan RM179 ribu, padaniaga RM1.38 juta


14 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, Kuala Penyu berjaya mencatat jualan melebihi sasaran iaitu RM179 ribu dan nilai padaniaga sebanyak RM1.38 juta.


Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) program yang berlangsung selama tiga hari itu bermula 10 Mei disertai hampir 100 usahawan tempatan termasuk usahawan agensi KUSKOP.


Selain itu, jumlah potensi jualan daripada Sesi Padaniaga yang disertai 54 syarikat turut mencatat nilai sebanyak RM1.38 juta sepanjang tempoh program.

Karnival anjuran KUSKOP melalui agensi TEKUN Nasional itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Penganjuran Karnival TEKUN MADANI dan Showcase SDSI sempena Pesta Kaamatan 2024 itu merupakan inisiatif dan sokongan Ewon yang mahu supaya masyarakat luar bandar turut menikmati manfaat daripada penganjuran program ini.


Beliau juga ingin menjadikan sambutan Pesta Kaamatan ini bukan hanya sebagai platform untuk rakyat Malaysia di Sabah meraikan kepelbagaian bahasa, budaya, dan warisan tetapi juga sebagai gerakan keusahawanan.

KUSKOP berharap dengan pelaksanaan Karnival TEKUN MADANI dan Showcase SDSI ini dapat merancakkan aktiviti keusahawanan dan koperasi khususnya di Kuala Penyu, seterusnya meningkatkan daya saing usahawan tempatan.


Ini adalah selaras dengan hasrat dan kerangka visi MALAYSIA MADANI di bawah tonggak “kesejahteraan” yang membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan bagi memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page