KAWALAN JUALAN PELURU DI SABAH, SARAWAK DIPERKETAT - KPNKAWALAN JUALAN PELURU DI SABAH, SARAWAK DIPERKETAT - KPN
top of page
  • nabalunews

KAWALAN JUALAN PELURU DI SABAH, SARAWAK DIPERKETAT - KPN



29 DIS 2020


LANGKAWI: Kawalan penjualan peluru senjata api di premis berlesen khususnya di Sabah dan Sarawak akan diperketatkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.


Beliau berkata tindakan itu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjual peluru kepada pemilik senjata api haram di negeri berkenaan.


“Pihak saya difahamkan bahawa banyak senjata api buatan sendiri atau yang haram diseludup masuk ke Sabah dan Sarawak, tapi mereka menggunakan peluru (dijual) premis berlesen.


“PDRM akan perketatkan kawalan di premis-premis berkenaan, supaya mereka (pemilik senjata haram) tiada peluang untuk menggunakan senjata haram,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini, hari ini.


Mengenai mesyuarat hari ini, Abdul Hamid berkata PDRM diwakili Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas akan bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat dalam OBK, untuk mengemaskini tindakan terhadap pesalah membabitkan khazanah negara.


“Kita amat serius dalam hal ini sebab ada unjuran kata tindakan kita tak sampai ke penghujungnya, sindiket yang ditangkap (orang) di bawah sahaja.


“Kita nak pastikan bukan saja penjarakan mereka (pesalah) tapi nak bankrapkan mereka yang hidup dengan hasil haram,” kata Abdul Hamid.


OBK dilaksanakan dalam beberapa fasa bermula September tahun lalu melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk PDRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).


Operasi itu bertujuan untuk membanteras isu-isu pencerobohan, pembalakan haram, mencuri hasil hutan negara serta pemburuan hidupan liar, termasuk lain-lain kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page