top of page

Kebakaran kantin di Kg Delima, dua motosikal musnah

  • nabalunews
  • Mar 11
  • 1 min read

11 Mac 2025


KOTA KINABALU: Sebuah kantin dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Lorong 1, Kampung Delima, selepas 1Borneo, awal pagi tadi.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 12:59 pagi sebelum mengerahkan 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kantin jenis tidak kekal berkeluasan 10x10 telah terbakar 30%, manakala dua buah motosikal musnah 100% akibat kebakaran tersebut,” kata Komander Operasi PBK II Idy Nirwan Ilyas.


Bagaimanapun, api telah dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.


Pasukan operasi kemudian menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada 1:55 pagi.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page