top of page

Kebakaran mesin pengering pakaian

  • nabalunews
  • Jan 9
  • 1 min read

Anggota Bomba Kinabatangan berada di lokasi kejadian.
Anggota Bomba Kinabatangan berada di lokasi kejadian.

09 Januari 2025

 

KINABATANGAN:  Sebuah mesin pengering pakaian terbakar 10 peratus dan tidak mellibatkan struktur rumah dalam kejadian yang berlaku di Jalan Batu 8, Bukit Garam, Kinabatangan pada malam semalam (Rabu).


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, menerusi satu kenyataan disini memberitahu pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 8.26 malam melalui talian 999 kemudian bergegas ke lokasi dan tiba 4 minit kemudian bersama 7 anggota bersama sebuah jentera dari balai itu.


Jelasnya, kebakaran mesin itu telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan air paip sebelum ketibaan pasukan Bomba.


"Seterusnya pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada bahaya lain." Katanya.


Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi itu ditamatkan pada jam 8.46 malam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page