top of page

Kebakaran pokok hiasan Krismas di Bulatan IJM Sandakan

nabalunews

26 Disember 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Pokok hiasan Krismas yang dipamerkan di bulatan IJM, Batu 6, Sandakan telah terbakar pada Selasa lepas.



Ia juga tular di media sosial menerusi satu hantaran video oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada awal pagi Selasa.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui menerusi satu kenyataan di Sandakan pada Rabu berkata, balai itu menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 3.37 pagi dan menghantar 7 anggotanya ke kawasan kejadian bagi memadam kebakaran itu.



Dalam kejadian itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan.



Jelasnya, operasi itu terkawal pada jam 3.50 pagi dan selepas memastikan tiada kemerbahayaan yang lain, operasi itu ditamatkan pada jam 3.53 pagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page