top of page

Kebakaran rumah pekerja. Dua melecur

  • nabalunews
  • Mar 2
  • 1 min read

2 Mac 2025


PENAMPANG: Sepasang suami isteri dilaporkan melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja di Penampang Baru, di sini, hari ini.


Setiap blok yang menempatkan 38 pintu itu dilaporkan musnah lebih 90 peratus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.10 petang.

Katanya, sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal dengan setiap blok mempunyai 38 pintu yang terbakar hampir 90 peratus.


“Terdapat dua mangsa dilaporkan mengalami cedera parah melecur dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 90 meter dengan tiga pancutan dari sumber air dari Water Tanker.


“Api berjaya dikawal pada jam 2.20 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.30 petang.


“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page