Kebocoran diesel bersubsidi turun 78%, rampasan diesel turun 87%
- Wartawan Nabalu News
- Jul 18, 2024
- 1 min read

18 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kebocoran diesel bersubsidi di Malaysia telah menunjukkan penurunan drastik sebanyak 78 peratus berikutan pelaksanaan rasionalisasi subsidi untuk bahan api diesel di Semenanjung Malaysia pada 10 Jun lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, memaklumkan di Dewan Rakyat pada Selesa bahawa rampasan diesel juga mencatatkan penurunan sebanyak 87 peratus, lapor New Straits Time.
Angka pengurangan kebocoran diesel bersubsidi itu diperoleh daripada data Ops Tiris, dan ini berdasarkan perbandingan 20 hari sebelum dan selepas rasionalisasi subsidi diesel dilaksanakan pada 10 Jun.
Jualan runcit diesel telah menurun sebanyak 37 peratus pada minggu pertama sejak pelaksanaan rasionalisasi subsidi, manakala jualan diesel komersial telah meningkat sebanyak 44 peratus, dan jualan diesel sempadan telah menurun sebanyak 24 perstus, kata Fuziah.
Mengenai kesan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, khususnya peningkatan harga barang, Fuziah berkata kementerian mengenal pasti dua subkategori barang yang mengalami kenaikan harga.
"Barang daging dan sayur-sayuran menunjukkan peningkatan peratusan yang berbeza-beza dari 0.24 peratus hingga 53.6 peratus, dengan kenaikan tertinggi dilaporkan untuk tomato (53.6 peratus) dan cili merah Kulai (17.4 peratus).
"Kenaikan harga sayur-sayuran yang signifikan bulan lalu (Jun) disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu," jelasnya.
Harga ayam standard kekal stabil pada tahap yang munasabah, namun beberapa barang seperti bawang dan telur ayam menunjukkan penurunan harga sebulan selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.
"Oleh itu, menyalahkan peningkatan kos sara hidup semata-mata kepada pengurangan subsidi diesel adalah tidak wajar, kerana faktor-faktor lain juga menyumbang kepada kenaikan tersebut.
"Berkenaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kenaikan dua peratus hanya terpakai kepada perkhidmatan bercukai sedia ada, tidak termasuk perkhidmatan makanan, telekomunikasi, dan parkir," katanya.
Comments