Kecederaan Otak Zara Konsisten Dengan Kejadian Jatuh
- nabalunews
- Aug 13, 2025
- 1 min read

13 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Polis mengesahkan bedah siasat yang dilakukan ke terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mengesan berlakunya kecederaan otak yang konsisten dengan kejadian jatuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kecederaan teruk itu mengakibatkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
Katanya, ia selari dengan diagnosis awal terhadap mangsa yang dibuat sebelum ini.
“Bedah siasat pada 10 Ogos lalu dihadiri tiga doktor, masing-masing seorang dari Hospital Serdang dan dua dari Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
“Semua dapatan bedah siasat sudah dijelaskan kepada keluarga arwah Zara secara telus.
“Kecederaan yang ditemui adalah selari dengan dapatan awal yang menunjukkan ia konsisten dengan insiden jatuh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan perkembangan siasatan kes kematian arwah Zara di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Terdahulu, sepasukan pakar forensik diarah melakukan bedah siasat selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) membenarkan pengalian semula kubur Zara Qairina.
Pada sesi bedah siasat berkenaan, pasukan terlibat mengambil masa hampir lapan jam bagi melakukan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan punca kematian mangsa.















Comments