top of page

Kedai Makan Musnah Terbakar di Pekan Merotai

  • nabalunews
  • Aug 22, 2025
  • 1 min read

21 Ogos 2025


TAWAU: Sebuah kedai makan di Pekan Merotai, Tawau musnah sepenuhnya dalam kebakaran lewat malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.


Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 11.14 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander Operasi lapor kebakaran melibatkan sebuah kedai makan jenis separuh kekal berkeluasan 40x60 kaki terbakar 100 peratus,” jelas kenyataan itu.


Operasi pemadaman diketuai oleh PBK I Jehrey Bin Ibno dengan kekuatan 14 anggota BBP Tawau serta empat anggota PBS Merotai. Turut membantu ialah enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki, pancutan menggunakan kaedah ‘offensive’ dan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba manakala pemadaman yang dilakukan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air dari pili bomba,” menurut kenyataan itu lagi.


Pasukan bomba berjaya mengawal api pada jam 12.22 tengah malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.32 pagi. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page