Kedai Runcit di Paitan musnah terbakar
- nabalunews
- Feb 17
- 1 min read

17 Februari 2025
BELURAN: Sebuah kedai runcit di Ladang Tanjung Nipis, Paitan, musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12:58 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas tiba di lokasi pada jam 2:45 pagi.
Jarak lokasi sejauh 185 kilometer menyukarkan operasi, namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 3:00 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 3:47 pagi.
Komander Operasi, PBK I KUP Mohamad Arsad Bin Kadir, memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit jenis tidak kekal berkeluasan 45x30 kaki yang terbakar 100 peratus.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Comments