top of page

Kejohanan Sukan Sekolah Zon Timur Kali Ke-49 Melabuhkan Tirai Dengan SK Lasau Podi Dinobatkan Juara

  • nabalunews
  • Apr 27, 2025
  • 1 min read


27 April 2025


KOTA BELUD: Kejohanan Sukan Sekolah Zon Timur Kali Ke-49 secara rasminya berakhir pada 25 April lalu dengan satu majlis penutupan yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Majlis berprestij yang berlangsung di Kompleks Sukan Botung Kota Belud dimana Sekolah Kebangsaan (SK) Nahaba, selaku tuan rumah, menyaksikan penyertaan daripada 11 buah sekolah iaitu SK Nahaba, SK Lasau Podi, SK Tampasuk 1, SK Tampasuk 2, SK Tengkurus, SK Sayap, SK Piasau, SK Rosok, SK Tambulion, dan SK Bangkahak Baru.


Guru Besar SK Nahaba, Patrick Kandar, menyatakan penghargaan terhadap kerjasama erat semua pihak dalam memastikan kejohanan berjalan lancar.



Kejohanan edisi kali ini menobatkan SK Lasau Podi sebagai juara keseluruhan, hasil kecemerlangan yang konsisten dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Kejayaan ini sekaligus memperkukuhkan reputasi sekolah tersebut dalam arena sukan peringkat zon.


Dalam ucapan penutupannya, Carlye merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet cilik, guru-guru, dan para sukarelawan yang telah mencurahkan usaha gigih sepanjang kejohanan berlangsung.


Beliau turut menyampaikan salam daripada Ewon, yang tidak dapat hadir kerana menjalankan tugasan rasmi mewakili negara di Vatican City berikutan penghormatan terakhir kepada mendiang Paus Francis.


"Majlis ini bukan sahaja menandakan berakhirnya kejohanan, tetapi turut memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi serta keakraban dalam kalangan warga sekolah Zon Timur. Diharapkan momentum positif ini akan terus diperkasa dalam penganjuran masa hadapan." ujar beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page