top of page

Kelab Bola Sepak Aki Doji Telupid Dilancarkan Secara Rasmi

  • nabalunews
  • Aug 30
  • 1 min read

ree

30 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Kelab Bola sepak Aki Doji Telupid secara rasmi dilancarkan menerusi satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Jetama Sport & Recreation di Stadium Likas, semalam.


Majlis pelancaran disempurnakan Pengurus Besar Kanan Jetama Water Sdn. Bhd, Prof. Ts. Jude Abel Logijin, yang turut meluangkan masa menyaksikan aksi sengit antara kedua-dua pasukan.


Perlawanan berakhir dengan kemenangan tipis 4-3 memihak kepada Jetama Sport & Recreation.


Presiden Kelab Bola sepak Aki Doji Telupid, Tommy Amir, berkata penubuhan kelab itu bertujuan memberi galakan kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam sukan bola sepak, selain membangunkan bakat di peringkat akar umbi.


“Kelab ini juga berperanan mewujudkan semangat perpaduan dalam komuniti serta memupuk nilai kerjasama, kepimpinan dan disiplin dalam kalangan ahli,” katanya.


Tommy turut menjelaskan bahawa pemilihan kanggaru sebagai logo rasmi kelab adalah bagi mengingati sejarah Daerah Telupid.


Katanya, daerah itu pernah menjadi pusat pentadbiran Projek Jalan Malaysia-Australia (Malaysia-Australia Road Project) yang menghubungkan Sandakan dan Kota Kinabalu.


Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Prof. Ts. Jude Abel Logijin kerana sudi merasmikan pelancaran berkenaan.


“Begitu juga dengan Kelab Sukan & Rekreasi Jetama Sdn. Bhd. kerana menerima jemputan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sempena acara bersejarah ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page