top of page

Kelab Kebajikan Kadamaian Teruskan Program I Care Bantu Penduduk Memerlukan

nabalunews


30 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian anjuran Kelab Kebajikan Kadamaian terus memberi manfaat kepada penduduk menerusi penyaluran bantuan barang keperluan.


Dalam inisiatif terkini, sumbangan berupa katil hospital itu disampaikan kepada dua penerima dari Kampung Piasau, iaitu Richard Lantap dan Kurinah Loyot.


Sumbangan diserahkan oleh Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin.

Joel berkata, bantuan itu adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Katanya, YBR merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang kini diterajui oleh Datuk Ewon Benedick, ADUN Kadamaian.


“Inisiatif ini mencerminkan komitmen YBR dalam memberi tumpuan kepada kesejahteraan komuniti setempat.


“Bantuan katil hospital ini akan membantu penerima dalam kehidupan harian mereka,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Turut hadir Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Jolyhame Saran yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Piasau.


Turut mengiringi, kakitangan pejabat perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian hadir untuk memastikan penyerahan dan pemasangan katil hospital berjalan lancar.


Sementara itu, kedua-dua penerima, Richard dan Kurinah menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap inisiatif berkenaan.


Katanya, rakyat di kawasan berterima kasih dan memuji usaha Ewon untuk memastikan komuniti Kadamaian tidak terpinggir dan mendapat perhatian sewajarnya.


“Kami amat menghargai komitmen yang diberikan oleh YBR serta usaha Ewon dan pasukannya dalam membawa bantuan ini kepada kami. Ini sangat membantu kami sekeluarga,” kata Richard.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page