Kem Jati Diri Serlah Potensi dan Kepimpinan Peserta
- nabalunews
- Oct 4
- 1 min read

4 Oktober 2025
KOTA BELUD: Perkhemahan Unit Beruniform (Kem Jati Diri) Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung selama tiga hari mulai 1 hingga 3 Oktober 2025 di Polumpung View Campsite, Melangkap, telah berjaya menghimpunkan seramai 120 peserta daripada 13 buah sekolah rendah merangkumi lima buah daerah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Tuaran dan Ranau. Program ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap, Kota Belud dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti setempat.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Anichlose Kesimin, Pemaju Mukim Kawasan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian. Turut hadir, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, YBhg. En. Asrah@Datu Asrah Bin Datok Ambas, Ketua Penolong Pengarah (Unit Pembangunan Bakat Murid), Sektor Pembangunan Murid.
Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuklah Dr. Japran Haji Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud; Puan Holen Sayaman, Guru Besar SK Melangkap; guru-guru besar sekolah terlibat; jurulatih-jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri Sabah; penolong kanan, guru-guru pengiring, serta AJK Pengelola Perkhemahan. Tidak ketinggalan, Encik Jubliee Yabis, JPKK Kg. Melangkap Baru dan Pengurus Polumpung View Campsite, Sambatan Gunsalahon turut memberi sokongan padu sepanjang program berlangsung.

Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam program ini, termasuk SK Melangkap, SK Kebayau, SK Gensurai, SK Podos, SK Taginambur, SK Pinolobu, SK Mengkulat, SK Tarintidon, SRK Don Bosco (Ranau), SK Giok dan SK Kayangat (Tuaran), SK Marak Parak (Kota Marudu), serta SK Lodung (Kudat).
Program ini bukan sahaja mencungkil semangat jati diri dan kepimpinan murid, malah memperkukuh kerjasama antara sekolah, masyarakat dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi masa depan yang berdaya saing dan berdisiplin.


















Comments