top of page

Kem Perhutanan Kali Ke-25 Kukuhkan Kemahiran Asas Perhutanan

  • nabalunews
  • Oct 8
  • 1 min read


ree

8 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Penganjuran Kem Perhutanan Kali Ke-25 oleh Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menjadi platform penting dalam memperkukuh kemahiran asas perhutanan serta membentuk keperibadian rimbawan muda yang berdaya tahan dan berilmu.


Menurut Dekan FPT, Profesor Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie, penganjuran kem yang menjadi program tahunan fakulti itu merupakan sebahagian daripada komponen pembangunan pelajar FPT yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran praktikal, semangat kepimpinan dan kerjasama berpasukan.


“Kem seperti ini penting dalam membentuk rimbawan yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga berjiwa kental dan beretika tinggi.

ree

“Pengalaman lapangan mengajar pelajar untuk memahami cabaran sebenar dalam bidang perhutanan serta memupuk nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan kem tersebut di SFERA@UMS.


Ujarnya lagi, FPT berhasrat untuk meneruskan tradisi penganjuran kem tersebut sebagai platform pembelajaran luar bilik darjah yang berimpak tinggi, dalam usaha melahirkan generasi rimbawan muda yang berwawasan.


Kem perhutanan itu lebuh unik pada edisi tahun ini melalui penglibatan 10 pelajar antarabangsa dari Universiti Brawijaya, Indonesia di bawah Program Mobiliti Inbound.


Sepanjang kem berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti lapangan seperti pengurusan perkhemahan, ikhtiar hidup dan entomologi untuk memberi pengalaman praktikal kepada pelajar.


Beberapa anugerah khas turut disampaikan pada majlis tersebut, termasuk Anugerah 10 Sifat Rimbawan, Rimbawan, dan Rimbawati, sebagai pengiktirafan kepada peserta yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang program berlangsung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page