Kemaskini Data E-Kasih dan Permohonan PADAN di Tambulion Ulu
- nabalunews
- 6 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
16 April 2026
KOTA BELUD: Satu lawatan rasmi telah diadakan di Kampung Tambulion Ulu semalam bagi mengemaskini data sistem E-Kasih dan mengurus permohonan PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah), dalam usaha memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang benar-benar layak.
Lawatan dikendalikan oleh Pegawai eKasih daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Siti Nur Ismaliza Basri, bersama Pegawai Sekretariat Sabah Maju Jaya, Izyanshazwani Jamilan, serta Azlinda Robert dari Pejabat Daerah Kota Belud. PADANS merupakan platform rasmi Kerajaan Sabah yang dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan, dan mengemaskini data golongan sasaran (KIR/AIR).
Menurut pihak penganjur, pengemaskinian data sedia ada perlu dilakukan secara berkala agar maklumat lebih tepat dan selaras dengan keperluan semasa. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketirisan atau bantuan tersalah salur.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambulion Ulu, Boniface @ Doni Jiran, bersama barisan ahli jawatankuasa yang memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi pengumpulan data dijalankan.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuhkan penyelarasan maklumat serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program kebajikan di peringkat kampung.















Comments