Kementerian Pendidikan bakal umum pengambilan guru baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kementerian Pendidikan bakal umum pengambilan guru baharu


2 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat.


Jelas beliau, usaha tersebut merupakan komitmen beterusan KPM dalam mengatasi isu kekurangan guru.


“Saya tidak fikir ia masalah yang tidak boleh ditangani kerana dari segi perancangan dan unjuran kita, ia berlaku dengan sangat baik, begitu juga dengan kemasukan guru yang kita latih dan untuk mengisi setiap kekosongan itu."


“Tak timbul ia satu perkara yang tidak boleh diselesaikan, cuma kita akan ambil kira isu-isu unjuran ini bersama SBP (sekolah berasrama penuh) supaya ia dapat unjuran yang lebih tepat dan pengisian itu dapat berlaku dengan segera."


Pada 27 Mac lepas, Fadhlina dilaporkan berkata KPM telah melantik 20,171 guru baharu secara tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.


Menurutnya, kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.



bottom of page