Kempen Derma Darah KRT Kampung Mosolog 2024 berjaya kumpulkan 25 beg darah
- nabalunews
- Sep 11, 2024
- 1 min read

10 September 2024
KOTA MARUDU: Kempen Derma Darah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Mosolog 2024 telah dilaksanakan di Kampung Mosolog, Kota Marudu pada 8 September lalu dan berjaya mengumpulkan sebanyak 25 beg darah.
Program ini dianjurkan oleh KRT Kampung Mosolog dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Kota Marudu.
Pengerusi KRT Kampung Mosolog, Mohd. Asmawi Majingkin, memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan program ini.
Antara yang hadir untuk menderma darah termasuklah Pillexson James, Ketua Pemuda UPKO Kota Marudu; YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri 1 Kementerian Pertanian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N7 Tandek yang juga merupakan penyumbang utama program ini serta Ketua Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tandek dan ramai lagi.
Kehadiran orang ramai dalam program ini adalah amat menggalakkan sehingga berjaya mengumpulkan sebanyak 25 beg darah untuk kegunaan Unit Tabung Darah Hospital Kota Marudu.
Dalam kenyataannya, Pillexson James menyatakan kesediaan Pemuda UPKO Kota Marudu untuk berkolaborasi dengan Hospital Kota Marudu dalam kempen derma darah pada masa akan datang.
Beliau juga menyuarakan harapan agar lebih ramai golongan belia terlibat dalam program menderma darah ini.
Katanya walaupun ini merupakan kali pertama beliau menderma darah, beliau berasa bersyukur kerana dapat melakukan tindakan mulia ini yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain.
Beliau turut menyeru Pemuda UPKO Malaysia, khususnya Pemuda UPKO Kota Marudu agar turut sama menderma darah untuk menambah bekalan darah di Hospital Kota Marudu.
Slogan "Hidup Menjadi Berkat" menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk turut serta dalam usaha murni ini.
Comments