Kenaikan gaji penjawat awam di Sabah diselaraskan dengan Persekutuan – KM Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenaikan gaji penjawat awam di Sabah diselaraskan dengan Persekutuan – KM Sabah




8 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KOTA KINABALU: Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, penjawat awam negeri Sabah akan menikmati kenaikan gaji yang akan diselaraskan seiring dengan rakan mereka di peringkat Persekutuan.


“Kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam di Sabah, jangan bimbang. Kita ikut kerajaan Persekutuan,” katanya.


Namun, beliau menambah bahawa kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini, sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.


Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa.


Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dalam ucapan merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya bahawa skim gaji penjawat awam akan naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini, iaitu kadar tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.



bottom of page