KENAPA KETIKA WARISAN MEMERINTAH, LINACO DIBAWA MASUK KE SABAH?KENAPA KETIKA WARISAN MEMERINTAH, LINACO DIBAWA MASUK KE SABAH?
top of page
  • nabalunews

KENAPA KETIKA WARISAN MEMERINTAH, LINACO DIBAWA MASUK KE SABAH?


Sumber gambar daripada Facebook Junz Wong

23 Mac 2021


Dengan hasil jualan mencecah RM400 juta setahun, Linaco adalah syarikat kelapa yang terbesar di Malaysia.


Pengiktirafan "terbesar" ini bukan saya yang bagi, tapi Kerajaan Persekutuan yang bagi kerana sudah terbukti bahawa Linaco adalah PENYUMBANG EKONOMI TERBESAR dalam industri kelapa.



Mereka dapat anugerah pada September tahun 2018. Ini fakta.


Produk-produk mereka boleh didapati di lebih 40 negara. Antaranya Vietnam, Singapura, India, China, Jepun, Sri Lanka, Hong Kong, Afrika Selatan dan Eropah.


Dengan kilang yang mempunyai teknologi-teknologi terkini, Linaco berupaya mengguna pakai seluruh pokok kelapa tanpa meninggalkan sisa.


Ini bermaksud jus dan serabut, sampailah daun dan batang pokok kelapa pun mereka mampu jadikan sebagai produk untuk dijual.


Jadi SOP, teknologi, mesin dan rangkaian kenalan Linaco bukan alang-alang. Mereka boleh dikira yang terbaik dan termaju dalam industri ini.



Mereka cuma perlukan tanah untuk meluaskan lagi perniagaan. Pada masa yang sama, selain berkongsi hasil jualan, Warisan melihat ini sebagai peluang untuk anak-anak tempatan mempelajari kepakaran dan ilmu dari syarikat yang berjaya.


Jadi kami rancangkan kerjasama di antara Linaco dengan anak-anak syarikat Kementerian Pertanian seperti KPD.


Melalui partnership yang terjalin, orang kampung boleh dapat latihan, pekerjaan tetap, gaji tinggi dan ilmu teknologi moden. Orang kampung juga boleh mengenali pasaran dunia dan membina hubungan dengan rakan-rakan perniagaan.



Sabahans untung atau rugi?


Rumusannya, saya memang mahu rancangan oleh Warisan ini diteruskan oleh GRS, kerana ini betul-betul memanfaatkan Sabahans.


Cuma, janganlah GRS claim seolah-olah ini usaha mereka.


Hakikatnya asas kukuh telah dibina oleh Warisan. GRS cuma buat majlis perasmian saja bah.


Datuk Junz Wong

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah


bottom of page