top of page

Kenderaan Mewah Ahli Perniagaan Disita

  • nabalunews
  • Feb 10
  • 1 min read

10 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan mewah milik ahli perniagaan dalam operasi Ops Khas Luxury, semalam.


Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, kereta Toyota Supra 3.0L itu disita di Jalan Tuaran, di sini, selepas dikesan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.


Malah katanya, kenderaan berkenaan juga didapati tidak mengikut spesifikasi nombor pendaftaran yang ditetapkan.

“Kesalahan tersebut telah melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) mengikun Seksyen 23(1) dan seksyen 90(1).


“Kenderaan disita untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Mohd Harris berkata, operasi berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan dan JPJ tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan mahkamah mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page