Keningau alami gegaran lemah, tiada ancaman tsunami
- nabalunews
- Oct 15, 2025
- 1 min read

15 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Keningau pada jam 8.32 pagi tadi dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa berkenaan berukuran magnitud 2.0 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.5 darjah Timur, iaitu kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.
Menurut MetMalaysia tiada ancaman tsunami dikesan susulan gegaran itu.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8 bagi tujuan rekod dan pemantauan lanjut.















Comments