top of page

Kenyataan Media INSKEN: Penafian Penganjuran Program dan Amaran Penipuan

  • nabalunews
  • Feb 23
  • 1 min read

23 Februari 2026


KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyamar dan menggunakan nama INSKEN bagi tujuan mengutip bayaran program yang didakwa akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah pada 24 Mac 2026.


INSKEN dengan tegas menafikan sebarang penganjuran program di lokasi dan tarikh tersebut. Pihak kami tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana individu untuk mengendalikan kutipan bayaran secara peribadi bagi pihak institusi. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran ke akaun individu yang tidak diiktiraf.


Sebagai langkah berjaga-jaga, semua urusan pendaftaran dan pembayaran bagi program rasmi INSKEN hendaklah dilakukan melalui platform sah kerajaan iaitu laman web rasmi di www.insken.gov.my dan portal pendaftaran di www.myinsken.gov.my. Sebarang pengumuman berkenaan program hanya akan disiarkan melalui saluran media sosial rasmi INSKEN yang telah disahkan termasuk Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok dan WhatsApp Channel.


Orang ramai yang menerima sebarang tawaran yang mencurigakan atau ingin mendapatkan kepastian mengenai sesuatu program dinasihatkan untuk menghubungi terus pihak INSKEN di talian Ibu Pejabat 03-8314 8800, Cawangan Sabah di 088-738445, Cawangan Sarawak di 082-549816 atau melalui emel rasmi di insken@insken.gov.my.


INSKEN memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan usahawan serta memastikan integriti institusi terus terpelihara. Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan hanya merujuk kepada saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page