Kenyataan Nurul Zahid, tidak bertanggungjawab, merendahkan wanita: MUDA
top of page
  • Farid Johan

Kenyataan Nurul Zahid tidak bertanggungjawab, merendahkan wanita: MUDA


2 Jun 2021 Oleh Farid Johan


KUALA LUMPUR: Biro Keluarga dan Gender MUDA menyifatkan kenyataan Nurul Zahid tidak bertanggungjawab dan dangkal serta merendahkan martabat wanita.


Ahli Jawatankuasa Pusat Muda Biro Keluarga dan Gender Ainie Haziqah berkata, wanita seharusnya wajib menyokong dan mengangkat wanita lain, bukan merendahkan martabat mereka.


“Saya menonton video tular Nurul Zahid memberi komen bahawa ‘women are not born to be leaders‘ dalam program Politically Frank dibawah Sinar Daily.


“Kenyataan itu, selain tidak bertanggungjawab dan dangkal, ia juga merendahkan martabat wanita terutamanya datang daripada seorang wanita yang juga ibu dan mempunyai anak perempuan.


“Setelah sekian lama wanita di negara ini didiskriminasi dari segi kesamarataan gaji, pendidikan, isu rumah tangga, kebebasan bersuara dalam politik, kenyataan Nurul Zahid seolah-olah memberi isyarat bahawa kita masih tidak mengiktiraf wanita menjadi pemimpin di negara ini dengan meletakkan tanda aras yang boleh dicapai oleh wanita. Kenyataan Nurul Zahid ini adalah stigma yang terus ada dalam masyarakat bahawa wanita tidak layak memimpin,” katanya dalam kenyataan media.


Ainie berkata, statistik juga menunjukkan penyertaan wanita dalam politik masih keterbelakang. Misalnya dalam perwakilan dalam Dewan Rakyat, kurang lebih hanya 15 peratus wanita berbanding standard diperingkat global iaitu minimum 30 peratus.


“Data oleh Suruhanjaya Pilihanraya juga menunjukkan hanya 75 wanita menjadi calon berbanding 687 jumlah calon yang bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihanraya Umum 2018.


“Budaya di negara ini masih tidak adapt diubah jika persepsi seperti ini terus ditanam dalam kalangan masyarakat. Daripada sekolah hingga ke universiti, kita sudah biasa melantik lelaki sebagai peimpin walaupun wanita mempunyai kelayakan dari segi merit lebih daripada lelaki tersebut.


“Dalam pimpinan parti politik pula, wanita masih diletakkan menerajui sayap dan kurang ruang buat wanita untuk berada di kepimpinan parti mainstream,” katanya.


Ainie berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Zahid menggambarkan bahawa kepimpinan itu hanyalah layak dipegang oleh lelaki dan kedudukan wanita hanyalah sebagai pembantu atau pendukung walaupun mereka mempunyai kemampuan untuk memimpn.


“Saya yakin wanita di Malaysia khususnya mempunyai banyak potensi bukan sahaja sebagai pemimpin yang diletakkan aras keberadaan mereka. Wanita hari ini boleh menjadi ketua keluarga iaitu punya cita-cita menjadi Perdana Menteri,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page