top of page

Ewon sambut ketibaan Perdana Menteri Laos di KLIA

  • Wartawan Nabalu News
  • 4 hours ago
  • 1 min read

25 Mei 2025


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyambut ketibaan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan isteri Vandara Siphandone yang menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.05 pagi tadi.


Sonexay dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia kemudiannya disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat dua hala.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh baharu, pengangkutan, pelancongan, pembangunan kapasiti, pertanian dan industri halal.

Lawatan itu diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei 2025.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page