top of page

Kepayan Square Akan Dinaiktaraf Dengan Peruntukkan RM2.4 juta

  • nabalunews
  • Jul 11, 2025
  • 1 min read

11 Julai 2025


PENAMPANG: Kawasan perniagaan Kepayan Square akan dinaiktaraf menerusi peruntukkan sebanyak RM2.4 juta yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Menurut Kor Ming, peruntukkan berkenaan adalah hasil persetujuan bersama antara kementeriannya, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


Katanya, kementeriannya dan DBKK masing-masing akan memperuntukkan sebanyak RM 1 juta manakala pejabat ADUN pula akan menambahkan peruntukkan sebanyak RM400,000.

“DBKK akan bertanggungjawab untuk melihat rekaan yang terbaik dan membuat proses transformasi yang moden, yang canggih, yang selesa bakal akan berlaku.


“Saya yakin kerjasama sebagai satu pasukan ini akan membawa manfaat kepada masyarakat khususnya penjaja di kawasan ini,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau kawasan berkenaan.


Kor Ming berkata, dengan adanya kemudahan bumbung yang selesa ini akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke Kepayan Square.

Katanya, beliau difahamkan, ketika ini terdapat seramai 65 peniaga beroperasi di kawasan ini dan ia mampu ditingkatkan kepada lebih 100 org selepas ini.

“Orang boleh terus berniaga di sini, jadi ini pun menambahkan peluang pekerjaan kerana di sini kita ada 65 peniaga, saya rasa ia boleh meningkat ke 100 lebih akan datang.


“Jadi kita akan mencipta lebih banyak pekerjaan, itu sangat penting dan kemudian kita akan meningkatkan pendapatan warga tempatan itulah tujuan bila ada pembangunan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page