top of page

Kepolisan komuniti: Gotong-royong mencegah pembiakan nyamuk Aedes di Kampung Baru Petagas, Putatan

nabalunews



24 November 2024


PUTATAN: Selaras dengan cogankata “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, yang mengutamakan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni, satu program Kepolisan Komuniti yang melibatkan aktiviti gotong-royong untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah denggi diadakan di Kampung Baru Petagas di sini pada Sabtu.


Program yang bermula jam 7 pagi sehingga 1 petang ini melibatkan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Putatan yang sekali lagi membuktikan komitmen tinggi dalam mendekati masyarakat melalui penganjuran program Kepolisan Komuniti ini.


Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha bersama antara pihak polis dan komuniti tempatan dalam menangani penyakit demam denggi di negara ini.


Aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk penduduk kampung, ahli jawatankuasa penduduk, serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.


Menerusi aktiviti ini, diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran terhadap bahaya denggi, malah mengukuhkan hubungan kerjasama antara polis dan masyarakat setempat.


Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pembersihan kawasan rumah dan longkang yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes serta pemusnahan bekas-bekas yang menakung air sekaligus memberikan pendidikan kepada komuniti setempat mengenai kaedah pencegahan tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Penduduk Kampung Baru Petagas merakamkan penghargaan atas usaha ini untuk memastikan kesejahteraan komuniti terus terjaga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page