top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kepulangan semula Adrian ke dalam UPKO, nilai tambah perjuangan parti: Ewon



24 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, kepulangan semula Adrian Banie Lasimbang ke dalam parti itu, satu nilai tambah perjuangan parti, terutamanya berkaitan inovasi.

 

Beliau berkata, ini kerana Adrian mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

 

“Adrian mempunyai pusat inovasi di Penampang dan ini boleh menjadi motivasi serta contoh kepada masyarakat Sabah khususnya golongan belia untuk mengembangkan keusahawanan dalam bidang inovasi.

 

“Sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya mahu melihat elemen inovasi dapat diterapkan dalam gerakan keusahawanan.

 

“Kepakaran Adrian dalam bidang keusahawanan Inovasi juga akan memberi nilai tambah kepada perjuangan dan perkhidmatan kita dalam Kerajaan Madani dan Kerajaan negeri,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Eksekutif UPKO dan penyampaian kad keahlian UPKO kepada Adrian, di Hotel D’Arch, di sini, hari ini.

 

Ewon yakin penyertaan semula lebih ramai mantan ahli dan pemimpin parti itu ke dalam UPKO akan mengukuhkan lagi parti itu.

 

“Penyertaan semula mantan-mantan ahli dan pemimpin parti akan membina UPKO sebuah parti yang lebih besar dan lebih baik.

 

“Saya juga mengalu-alukan rakyat Sabah dan sahabat lain yang berminat untuk memberi nilai tambah kepada perjuangan parti untuk sama-sama berjuang bersama kita dalam UPKO,” katanya.

 

Beliau berkata, setakat ini UPKO mempunyai keahlian berdaftar kira-kira 160,000 orang.

 

Pada Konvensyen UPKO tahun lalu, Ewon membuat jemputan terbuka kepada semua mantan ahli, pemimpin dan pengasas parti parti supaya kembali kepada UPKO.

 

Comments


bottom of page