Keputusan STPM 2024 Dikeluarkan 24 Jun Depan
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

18 Jun 2025
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 melibatkan 41,434 calon akan dikeluarkan pada Selasa depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun secara dalam talian.
“Bagi kaedah SMS, calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STPM [jarak] No. Kad Pengenalan [jarak] Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 24 Jun sehingga pukul 12 tengah hari pada 4 Julai 2025 (Jumaat),” katanya.
Manakala secara dalam talian, katanya, calon boleh melayari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2024 mulai pukul 11.30 pagi pada 24 Jun 2025.
Untuk rekod, sebanyak 670 buah pusat peperiksaan di seluruh negara terlibat dalam STPM 2024 dengan seramai 22,852 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.
Comments