top of page

Kerajaan Belanja Rm65.28 Juta Projek Pembinaan Kompleks Zon Maritim Semporna

  • nabalunews
  • Nov 2
  • 2 min read

ree

2 November 2025


SEMPORNA: Kerajaan terus memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara menerusi projek pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna yang dianggarkan bernilai RM65.28 juta.


Ia merupakan fasiliti strategik yang bakal menjadi benteng hadapan kawalan maritim di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE).


Penyerahan projek itu dilaksanakan antara Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek.

ree

Majlis Penyerahan Separa Projek Siap Kompleks Zon Maritim Semporna disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.


Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

ree

Terdahulu dalam ucapannya, Saifuddin berkata, pembinaan kompleks itu membuktikan Sabah tidak pernah dipinggirkan, sebaliknya terus menjadi keutamaan Kerajaan dalam aspek keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.


Katanya, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI melalui KDN sentiasa memberikan perhatian dalam memperkukuh keselamatan di seluruh negeri ini.

ree

“Terletak di Batu 1, Jalan Bubul, Tampi-Tampi, Semporna, kompleks ini dibangunkan di lokasi strategik berhampiran perairan Filipina dan Indonesia.


“Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan utama termasuk bangunan pentadbiran utama, bangunan sokongan dan logistik, jeti operasi dan marina untuk kapal serta bot Maritim Malaysia, helipad bagi operasi udara, padang kawad, gelanggang sukan serta kuarters perumahan anggota.

ree

“Apabila siap sepenuhnya, kompleks ini akan menjadi pusat operasi dan rondaan utama Zon Maritim Semporna, selain berfungsi sebagai hab koordinasi keselamatan dan latihan bersama ESSCOM, PDRM dan TLDM,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kemudahan moden yang disediakan diyakini mampu memperkukuh keselamatan perairan Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur yang sering berdepan ancaman penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.

ree

“Kompleks ini akan membolehkan pasukan Maritim Malaysia bertindak lebih pantas dan efisien terhadap sebarang insiden keselamatan maritim, di samping meningkatkan kehadiran aset serta moral anggota di lapangan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page