Kerajaan cadang tubuh agensi berpusat tangani isu perlindungan pemberi maklumat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan cadang tubuh agensi berpusat tangani isu perlindungan pemberi maklumat


4 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata, kerajaan sedang merancang untuk menubuhkan sebuah agensi berpusat yang khusus untuk menangani sebarang isu yang berbangkit melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini sebaik dasar tersebut selesai dikaji dan dimuktamadkan.


Tambah beliau, agensi berpusat itu akan memastikan tatacara kerja yang lebih teratur dan jelas dalam melindungi pemberi maklumat.


Agensi berpusat ini juga akan mengelakkan kekeliruan bidang tugas antara agensi penguatkuasaan yang terlibat dengan isu perlindungan pemberi maklumat.


Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai kesediaan kerajaan menerima aduan secara terbuka tanpa kira sama ada ia perlu melalui proses birokratik.


"Adakah kerajaan bersedia untuk menerima aduan-aduan secara terbuka tanpa kira sama ada ia perlu melalui proses birokratik?" soal Ramkarpal.


Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak dalam menyempurnakan dasar perlindungan pemberi maklumat.


"Kedua, dengan perubahan yang dicadangkan, semestinya perkara yang diberi pandangan oleh Yang Berhormat akan diambil kira," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page