top of page

Kerajaan dan Rakyat Sabah Jadi Sebahagian Kejayaan RMK13

  • nabalunews
  • Feb 18
  • 1 min read

18 Februari 2025


KOTA KINABALU: Kerjasama semua pihak amat penting agar rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dapat dilaksanakan sebaiknya untuk kebaikan bersama.


Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Malaysi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, semua pihak iaitu kerajaan dan rakyat Sabah perlu menjadi sebahagian daripada kejayaan RMK13.


Katanya, kebersamaan semua pihak amat perlu lebih-lebih lagi Sabah dan negara kita akan memasuk era RMK13 bermula 2026 sehingga 2030.

“Sekiranya kebersamaan dan kerjasama ini dapat dijayakan, saya yakin apa yang tertangguh, terlewat selama ini dapat kita perbaiki dan dijadikan sebagai iktibar.


“Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah perlu menjadi sebahagian daripada kejayaan Rancangan Malaysia ke-13 dan termasuklah Putatan, Kota Kinabalu dan Tanjung Aru ini harus menjadi sebahagian daripada kejayaan rancangan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Sambutan Tahun Baharu Cina United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) bersama Masyarakat Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian itu berkata, rakyat sudah tentu mengharapkan kepimpinan dan perkhidmatan yang terbaik daripada pemerintah.


Katanya, semua itu bermula daripada wawasan yang diinginkan dan dibawa ke kawasan yang kita mahu wakili.


“Marilah bersatu, bekerjasama dengan rakyat demi masa depan Sabah, Malaysia dan masa depan Tanjung Aru yang lebih baik lagi.

“Kalau rakyat boleh bersatu seperti malam ini tidak mungkin pemimpin-pemimpin tidak boleh bersatu, sebab itu saya hadir dan saya sangat menghargai apa yang saya lihat pada malam ini,” tegasnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page