top of page

Kerajaan hadkan pengecualian cukai kenderaan di Labuan, Langkawi mulai 2026

  • nabalunews
  • 31 minutes ago
  • 1 min read

ree

10 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Labuan dan Langkawi hanya bagi kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi mengekang ketirisan serta penyalahgunaan keistimewaan cukai oleh pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan berkenaan.


“Kerajaan mendapati terdapat pemilik kenderaan mewah yang sejak sekian lama menyalahgunakan pengecualian cukai di Langkawi dan Labuan.


"Bagi memastikan manfaat itu sampai kepada golongan sasaran, kerajaan akan menghadkan nilai kenderaan yang layak menikmati pengecualian cukai kepada tidak melebihi RM300,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.


Anwar berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus dan saksama, tanpa menjejaskan insentif pelancongan dan pelaburan di kedua-dua wilayah bebas cukai tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page