top of page

Kerajaan komited perkasa usahawan luar bandar Sabah melalui Program HATI INSKEN: Ewon

  • nabalunews
  • 17 hours ago
  • 1 min read

ree

24 Ogos 2025


KOTA BELUD: Kerajaan komited memperkasa usahawan luar bandar Sabah melalui pelaksanaan Program Hari Terbuka INSKEN Kampus Sabah (HATI) Siri 4/2025, anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) agensi di bawah Kementerian Pwmbangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, penganjuran program tersebut adalah bukti usaha berterusan kerajaan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang inklusif, seimbang dan menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar.


“Penubuhan Kampus INSKEN di Sabah ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan akses ilmu, teknologi dan sokongan perniagaan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, khususnya usahawan di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Program HATI Siri 4/2025 di Kota Belud, hari ini.

ree

Ewon berkata, program itu memberi tumpuan kepada pendedahan teknologi, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu penjaja dan peniaga kecil mengurus perniagaan secara lebih moden, cekap dan menguntungkan.


“Program seperti ini merupakan platform strategik untuk memperkukuh daya saing usahawan kita agar terus berdaya tahan dan mampu bersaing dalam era digital,” jelasnya.


Program HATI Siri 4/2025 merupakan kesinambungan siri program sama yang telah dilaksanakan di Sepanggar minggu lalu, melibatkan penyertaan lebih 260 usahawan Sabah.


Ewon turut menggalakkan semua usahawan di negeri ini merebut peluang yang disediakan oleh INSKEN dan menyertai pelbagai program latihan serta bimbingan yang ditawarkan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, agensi di bawah KUSKOP serta para usahawan yang sentiasa komited membangunkan perniagaan masing-masing.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page