• Wartawan Nabalu News

KERAJAAN LAKSANA PROGRAM REGULARISASI URUS PTI PEROLEHI DOKUMEN PEKERJAAN SAH


Datuk Masidi Manjun

9 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan (Jabatan Imigresen Sabah) sedang melaksanakan Program Regularisasi dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk mengurus dan menyelaras pendatang tanpa izin (PTI) yang ada di negeri Sabah untuk memperoleh dokumen pekerjaan yang sah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pengurusan dan penyelarasan PTI di Sabah untuk memperolehi dokumen pekerjaan yang sah dengan syarat pendatang asing berkenaan mesti memiliki pasport negara masing-masing.


“Pendatang asing / pekerja asing berasal dari negara-negara yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah dan lain-lain syarat seperti mana yang dinyatakan oleh Jabatan Imigresen,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.


Masidi berkata, Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kesihatan dan keselamatan terutamanya semasa penularan pandemik pada ketika ini.


“Semua majikan hendaklah bertanggungjawab memastikan semua pekerja asing yang digaji oleh mereka menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya.