Kerajaan Malaysia teliti langkah menentang dakwaan waris Kesultanan Sulu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan Malaysia teliti langkah menentang dakwaan waris Kesultanan Sulu



15 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang mengkaji langkah-langkah yang sedia ada untuk menentang pihak penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dalam usaha memelihara kedaulatan negara.


Menurut kenyataan Sekretariat Khas Sulu, kerajaan juga akan membuat semakan lanjut sekiranya mana-mana daripada lapan orang penuntut tersebut mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Royal Sulu Forces (RSF) yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.


“RSF telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia sejak April 2022.


"Tindakan undang-undang yang telah diambil oleh penuntut-penuntut sehingga, terutamanya timbang tara komersial yang telah dijalankan, adalah tidak wajar dari segi perundangan malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung.


“Sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut ini melalui timbang tara komersial pada masa kini adalah bersifat mala fide, memandangkan pihak Sulu pada tahun 1939 pernah menghadap ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu,” kata kenyataan itu.


Dalam pada itu, Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa hak dan tuntutan penuntut ini adalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Selain itu, perjanjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersil.


“Pertikaian yang terbangkit di sini melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah pada mengetepikan kekebalan kedaulatannya. Penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh Penuntut,” kata kenytaan itu.


Jelas Sekretariat lagi, perkara ini selaras dengan Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020.


“Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan Negara,” tambahnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page