top of page

Kerajaan Negeri Mungkin Berdepan Masalah Defisit

  • nabalunews
  • Jul 7, 2025
  • 1 min read

7 Julai 2025


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan pembentangan Perbekalan Tambahan 2025 bernilai lebih RM1.18 bilion mungkin akan menyebabkan masalah defisit kepada Kerajaan Negeri.


Shafie berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan belanjawan tahun 2025 mencecah hampir RM8 bilion.


Katanya, penambahan itu juga menjadikan wilayah Sabah antata negeri yang paling banyak perbelanjaan.


“Dalam belanjawan yang dibentang sebelum ini, lebih RM6.7 bilion dan sekarang RM1.18 bilion ditambah, jadi semuanya hampir RM8 bilion.


“Kita bimbang kemungkinan kerajaan negeri akan berdepan masalah defisit berikutan turut menghadapi hutang yang besar,” katanya ketika membahaskan Perbekalan Tambahan 2025 pada Persidangan. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.


Sementara itu, Shafie turut mempersoalkan sama ada peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri itu disalur untuk keperluan rakyat dan memberikan hasil.


“Apa yang penting adakah peruntukan ini disalur untuk mengatasi keperluan rakyat dan dapat hasilnya. Ini kerana setiap sen yang dibelanjakan mesti ada hasil,” katanya.


Mohd Shafie berkata, pihak audit perlu menyiasat perbelanjaan kerajaan berikutan ada jumlah yang besar seperti diagihkan untuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Tugas-Tugas Khas bagi melaksanakan program bantuan pendidikan.


“Siasatan audit perlu memandangkan ia membabitkan duit rakyat yang diperolehi menerusi bayaran pelbagai jenis cukai,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page