Kerajaan Negeri Sabah Harus Ada Program Pemulihan Sendiri - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan Negeri Sabah Harus Ada Program Pemulihan Sendiri - Ewon


Ewon (tengah) ketika ditemui media.

30 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, Sabah perlu mempunyai program pemulihan kesan pandemik Covid-19 yang tersendiri. “Saya belum mendengar insiaitif atau program pemulihan sendiri oleh Kerajaan Negeri Sabah selain daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebergantungan kepada program yang dibuat oleh kerajaan persekutuan tidak menampakkan kepimpinan kerajaan negeri. “Kita mempunyai cabaran yang tersendiri. Sebab itu Sabah mesti mempunyai dasar, program dan bajet pemulihan negeri yang tersendiri,” katanya. Justeru, Ewon berharap Sidang Dewan Undangan Negeri juga dapat diadakan bagi membolehkan ahli-ahli dewan berbahas dan mengemukakan pandangan mengenai program pemulihan negeri. Sementara itu, Adun Luyang Phoong Jin Zhe juga menyatakan keperluan Sidang DUN diadakan susulan penamatan Ordinan Darurat. Ewon dan Phoong ditemui media selepas membuat laporan polis ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin di Balai Polis Karamunsing hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page