Kerajaan Negeri sediakan dana pinjaman bantu usahawan wanita muda
- nabalunews
- 2 days ago
- 2 min read

4 Jun 2025
TENOM: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta melalui kolaborasi Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) bagi membantu memperkasakan Usahawan Wanita Muda di negeri ini.
Pengarah IDS Datuk Seri Azizah Mohd Dun Banir berkata, dana itu disalurkan melalui pinjaman kepada usahawan wanita muda bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.
Katanya, dana pinjaman ini dilaksanakan dibawah program Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) diperkenalkan oleh IDS dan PPS yang diberi mandat oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan program ini.
"Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk membantu usahawan wanita muda yang berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan" katanya kepada media selepas merasmikan Program Memperkasakan Usahawan Wanita Muda: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi anjuran Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Perbadanan Pinjaman Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini pada Rabu.
Azizah berkata, melalui program pinjaman DAYANG ini seorang usahawan wanita muda boleh memohon pinjaman minimum RM10,000.00 dan maksimum RM50,000.00.
Katanya, dengan adanya dana pinjaman ini mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka sekali gus meningkatkan kualiti produk mereka.
"Kita yakin produk usahawan-usahawan wanita muda kita dapat menembusi pasaran antarabangsa jika mereka terus dibantu. Malahan sekarang pun ada sudah produk usahawan wanita muda yang sudah menembusi pasaran antarabangsa" katanya merujuk kepada seorang usahawan Puan Emily Jeneble seorang usahawan kraf tangan dari Kampung Batu Lunguyan di daerah Sook yang terkenal dengan kepakarannya dalam anyaman buluh.
Jelasnya Azizah, Puan Emily bukan sahaja menghasilkan produk anyaman buluh seperti beg tangan dan cenderamata, malah telah berjaya membantu lebih dari 300 penerima manfaat wanita di kampungnya dan kawasan daerah sekitar.
"Usahanya ini telah membantu menjana pendapatan mampan bagi komuniti wanita luar bandar di Sabah. Saya difahamkan jualan tahunan hasil komuniti Kampung Batu Lunguyan ini melebihi RM500,000.00 setahun. Satu angka yang sangat membanggakan" tambahnya.
Lebih 300 wanita muda mengikutinya program itu.
Hadir sama Timbalan Pengerusi,Lebih 300 wanita mengikutinya program itu. Perbadanan Pinjaman Sabah Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan (Sabah) Datuk Dr. Ts. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pinjaman Sabah Datuk George Taitim Tulas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pinjaman Sabah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Comments