Kerajaan Negeri sumbang dua kenderaan pacuan empat roda kepada Polis Sabah
- nabalunews
- 9 hours ago
- 1 min read

13 Februari 2026
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan replika kunci kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai gimik penyerahan sumbangan dalam satu majlis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan polis dari Bukit Aman.


















Comments