KERAJAAN NEGERI WUJUD SOP PENGURUSAN SUMBANGAN, BANTUAN COVID-19KERAJAAN NEGERI WUJUD SOP PENGURUSAN SUMBANGAN, BANTUAN COVID-19
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KERAJAAN NEGERI WUJUD SOP PENGURUSAN SUMBANGAN, BANTUAN COVID-19

Masidi Manjun

12 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan sumbangan dan bantuan Covid-19 daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, SOP pengurusan sumbangan itu akan diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).

“Kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk NGO, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian.

“Bagi tujuan tersebut, penyumbang yang berada di negeri Sabah hendaklah memaklumkan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) sekurang-kurangnya tiga hari sebelum penyampaian sumbangan atau bantuan.

“Manakala, bagi penyumbang dari luar negeri Sabah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penyampaian sumbangan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, penyumbang atau individu dari luar Sabah wajib mendapatkan kelulusan khas masuk ke negeri ini sebelum memasuki negeri ini daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

Katanya pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar berjalan lancar dan sehingga hari ini, sebanyak 160,962 bakul makanan telah diagihkan di seluruh Sabah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page