Kerajaan perlu ambil langkah drastik tangani kekurangan tepung, gula di Sabah: Billy Joe
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan perlu ambil langkah drastik tangani kekurangan tepung, gula di Sabah: Billy Joe



17 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang Billy Joe Dominic meminta kerajaan mengambil langkah drastik untuk menangani masalah kekurangan tepung gandum dan gula di negeri ini.


Beliau berkata, ini penting bagi mengelak ada peniaga mengambil kesempatan menyorok barangan keperluan itu atau menaikkan harga.


“Terdapat beberapa peniaga dan penguna memberitahu kepada saya bahawa mereka sukar mendapatkan tepung gandum.


“Perniagaan mereka terjejas dan ada kedai runcit yang mengambil peluang kekurangan tepung gandum di pasaran dengan menaikkan harga tepung.


“Bukan sahaja masalah tepung, Sabah juga menghadapi kekurangan bekalan gula,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Billy Joe juga ingin tahu apakah langkah-langkah yang sudah diambil atau bakal diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.


“Sampai hari ini tidak ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan. Harga barang semakin meningkat, kadar inflasi meningkat dan nilai matawang ringgit Malaysia juga semakin menyusut. ini amat membimbangkan,” katanya.

bottom of page