Kerajaan perlu cari jalan penyelesaian proaktif atasi masalah air di Sabah - Phoong
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan perlu cari jalan penyelesaian proaktif atasi masalah air di Sabah - Phoong


19 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe meminta kerajaan negeri mengambil tindakan proaktif dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air di seluruh Sabah.


Jelas beliau kekurangan bekalan air yang semakin serius menjejaskan kehidupan harian rakyat terutama di kawasan Pantai Barat Sabah termasuk Bandaraya Kota Kinabalu.


“Keperluan bekalan air seluruh kawasan Pantai Barat Sabah telah melebihi keupayaan pengeluaran bekalan air semasa. Ketika ini, defisit bekalan kita setinggi 30 peratus untuk kawasan pantai barat Sabah.


“Ini bertambah serius kerana semakin banyak projek pembangunan baharu termasuk pembinaan taman perumahan. Masalah ini akan menjadi satu krisis besar bagi seluruh pantai barat Sabah, khususnya Bandaraya Kota Kinabalu, jika tiada tindakan diambil dengan segera


“Oleh itu, saya minta Kerajaan Sabah menjelaskan pendirian, pendekatan dan perancangan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya pada persidangan dewan undangan negeri, hari ini.


Phoong juga meminta penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai perancangan membina empangan bagi menangani masalah air.


“Adakah Kerajaan Sabah hari ini akan meneruskan perancangan pembinaan empangan tersebut? Jika tidak, apakah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut? katanya.


Katanya lagi, amat penting bagi Jabatan Air Negeri Sabah mewujudkan sistem pemantauan bagi mengenai pasti gangguan bekalan air di negeri ini.


“Adakah sistem pemantauan Jabatan Air masih berfungsi dengan berkesan? Adakah sistem ini akan dinaiktaraf bagi meningkatkan perkhidmatan Jabatan Air?


“Saya menyokong sistem pemantauan yang berkesan kerana jika ada kawasan yang mengalami tekanan air rendah ataupun kekurangan air, sistem ini akan memaklumkan Jabatan Air untuk tindakan lanjut,” katanya.

bottom of page