Kerajaan Persekutuan tiada hak naikkan denda langgar SOP Covid-19: Lim Guan Eng
top of page
  • Farah Salim

Kerajaan Persekutuan tiada hak naikkan denda langgar SOP Covid-19: Lim Guan Eng


Gambar Hiasan

7 Mac 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN)/PN tiada hak menaikkan denda kompaun kepada syarikat dan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.


Beliau berkata, ini kerana pemimpin tertingi kerajaan juga tidak mematuhi SOP yang mereka kuatkuasakan apabila menteri berterusan mengamalkan amalan dua darjat dengan secara terbuka melanggar SOP Covid-19.


“Bukan setiap rakyat Malaysia biasa kaya seperti Menteri yang mampu membayar denda RM10,000 yang dinaikkan dan setiap syarikat boleh bertahan seperti Kementerian Kerajaan apabila dikenakan denda kompaun RM1 juta.


“Kerajaan harus menunjukkan belas kasihan kepada mangsa Covid-19 dan menguruskan peralihan pandemik menjadi endemik dengan berkesan dalam menerima realiti bahawa masyarakat terpaksa hidup dengan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kenyataan itu dibuat berikutan laporan berhubung insiden Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin “berlaga penumbuk” dengan penyokong BN ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.


Kerajaan bercadang meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pindaan itu dicadang meningkatkan denda bagi pelanggaran SOP kepada RM1 juta ke atas syarikat dan RM10,000 ke atas individu.


Guan Eng berkata, penalti yang keras dan denda kompaun seperti itu boleh dikuatkuasakan sesuka hati dengan cadangan pemberian kuasa mutlak dan tanpa batasan yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, yang tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di bawah cadangan pindaan yang sama.


“Pakatan Harapan (PH) dan DAP telah mengambil pendirian tegas menentang dan mengundi menolak cadangan pindaan sedemikian di Parlimen kerana kuasa mutlak yang diberikan kepada penguatkuasaan dan hukuman serta denda kompaun yang berat dikenakan.


Katanya lagi, hukuman yang berat boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat biasa dan kelangsungan hidup perniagaan kecil yang tidak mampu membayar penalti dan denda kompaun yang berat serta membebankan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page