Kerajaan peruntukkan RM2 bilion untuk fasiliti peralihan tenaga negara – PM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan peruntukkan RM2 bilion untuk fasiliti peralihan tenaga negara – PM


30 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Sejumlah RM2 bilion akan diperuntukkan oleh kerajaan sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara yang bertujuan untuk membolehkan pembiayaan projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan di bawah pasaran.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan tersebut akan mengupayakan pemangkin kewangan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek tersebut.


Beliau berkata, kemajuan negara dalam peralihan tenaga banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap.


"Sehubungan itu, kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Negara," katanya dalam ucap tama ketika Persidangan Peralihan Tenaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.


Beliau turut menyenaraikan beberapa contoh pelaburan dalam rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).


Menurut Anwar, sekurang-kurangnya RM1.2 trilion pelaburan diperlukan di antara 2023 dan 2050 bagi membolehkan pelaksanaan peralihan tenaga dilakukan dengan penuh tanggungjawab.


"Dalam dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan di antara RM60 bilion dan RM90 bilion bagi projek penting. Antaranya mengembangkan pengangkutan awam, pengukuhan infrastruktur grid, dan latihan semula modal insan," katanya lagi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page